[1] Sebagai Muslim, kehidupan kita adalah berlandaskan Syariat yang telah ditetapkan oleh Allah berasaskan kepada Akidah, Syariah dan Akhlak. Namun ada di kalangan kita yang lalai dalam melaksanakan perintah Allah S.W.T. Justeru, Allah mengutuskan Rasul dengan tujuan memperingatkan manusia agar mentauhidkan Allah dan melaksanakan segala titah perintahNYA.
[2] Kini, tugas para rasul terdahulu menjadi tanggungjawab kita bersama sebagai Muslim dalam melaksanakan Amar Ma’ruf Nahi Munkar. Amanah ini meliputi semua individu dalam meletakkan manusia di atas Paksi Kebenaran. Sebagaimana Firman Allah S.W.T menerusi Surah at-Taubah Ayat 71 yang bermaksud:
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat Kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNYA. Mereka akan diberi Rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”
[3] Amar Ma’ruf Nahi Mungkar hendaklah dilaksanakan oleh semua peringkat masyarakat. Melakanakan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar hendaklah mengikut keutamaan iaitu dengan Kuasa, Ucapan, Nasihat dan Peringatan. Atau sekurang-kurangnya setiap muslim perlu membenci kemungkaran di dalam hatinya. Sebagai mana sabda rasullullah S.A.W yang bermaksud:
“Barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah ia mengubah dengan lisannya. Jika tidak mampu, hendaklah ia mengubah dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah Iman”
[4] Kita lupa bahawa sikap tidak peduli ini dan kegagalan melaksanakan tuntutan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar sebenarnya mengundang bencana dalam hidup kita dan menjemput kemurkaan Allah Yang Maha Keras SeksaanNYA. Marilah kita renungi dan mengambil iktibar akibat dan bencana yang berlaku pada Umat manusia yang meninggalkan tuntutan ini. Antaranya:
PERTAMA: LAKNAT ALLAH DAN KEMURKAANNYA. Al-Maidah ayat 78-79:
“Orang-orang Kafir dari Bani Israel telah dilaknat melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu melampaui batas. Mereka antara satu sama lain tidak pernah mencegah tindakan mungkar yang mereka lakukan. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan”
KEDUA: TIDAK MENDAPAT PENGIKTIRAFAN SEBAGAI MUSLIM SEBENAR.
Dalam sebuah hadis daripada Ibnu Abbas R.A bahawa rasulullah S.A.W bersabda:
“Bukanlah daripada kalangan kami sesiapa yang tidak mengasihi kanak-kanak dan menghormati orang tua dan tidak pula menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran” (Riwayat at-Tarmizi)
KETIGA: BERLAKU MALAPETAKA DAN DOA TIDAK LAGI DIPERKENANKAN.
Hakikat ini disebut dalam sebuah hadis daripada Huzaifah bin al-Yamanbahwa Rasullah S.A.W bersabda:
“Demi jiwaku ditanganNYA, hendaklah kamu terus menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran atau jika tidak dibimbangi Allah akan mengutuskan satu azab ke atas kamu kerananya. Kemudian jika kamu berdoa kepadaNYA, tidak pula akan diperkenankan doamu itu”
(Riwayat at-Tarmizi)
[5] Justeru, Students’ Representative Council (SRC) IIUM, Kuliyyah Based Society (KBS) dan Dakwah Based Society (DBS) mengajak seluruh Komuniti UIAM meliputi seluruh Mahasiswa, pihak pentadbiran, para pensyarah, staf-staf, dan pihak keselamatan UIA agar turut sama-sama turun ke lapangan demi “Mengekalkan Biah Solehah Bumi UIAM” yang selari dengan salah satu tonggak Misi UIAM iaitu “Islamization”.
STUDENTS' REPRESENTATIVE COUNCIL(SRC) 2010/2011
INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA(IIUM)
source: http://wanzulkarnain88.blogspot.com/2011/06/tuntutan-amar-maruf-nahi-mungkar-amanah.html
source: http://wanzulkarnain88.blogspot.com/2011/06/tuntutan-amar-maruf-nahi-mungkar-amanah.html
1 comments:
sya mohon share ya. trima kasih..(^_^)
Post a Comment