Followers



SRC Komited Perjuang Kebebasan dan Keadilan



Pada 21 Oktober yang lalu, dengan mengadakan suatu pertemuan dengan pihak pentadbiran UIAM bagi mendapatkan penjelasan berkenaan isu Prof. Aziz Bari, Presiden SRC, mewakili suara mahasiswa UIAM tetap tegas dengan pendirian bahawa peristiwa tersebut telah mencabuli hak kebebasan bersuara (freedom of speech) dan kebebasan akademik (freedom of academic). Dalam pertemuan pada hari itu, beliau menuntut beberapa perkara antaranya mendesak pihak UIAM menarik semula penggantungan terhadap Prof. Aziz Bari dan diadakan perbicaraan terbuka (public hearing). Alhamdulillah, pada 24 Oktober yang lalu, UIAM menarik semula penggantungan tersebut.

Kelihatan Presiden SRC bersama pimpinan mahasiswa yang lain sedang bernegosiasi untuk mendapatkan kebenaran masuk bagi menyerahkan memorandum kepada YB Menteri.

Namun, meyakini bahawa penarikan semula penggantungan tersebut, bukanlah bermakna kes tersebut telah selesai, kerana Prof. Aziz Bari masih perlu melalui proses siasatan dan perbicaraan serta akan berhadapan dengan pelbagai kemungkinan tindakan dan hukuman.

Semalam, 25 Oktober, Presiden SRC sekali lagi mengetuai delegasi pimpinan-pimpinan mahasiswa UIAM, terus membuat desakan dengan bertindak menyerahkan memorandum kepada YB Dato’ Seri Hishamuddin.

Sedang menunggu keputusan kebenaran masuk ke dewan. Alhamdulillah, akhirnya dibenarkan. Namun hanya 3 orang sahaja yang dibenarkan. Pihak media juga dilarang memasuki dewan untuk membuat liputan.

Antara yang terkandung dalam memorandum tersebut ialah untuk mendesak Kerajaan Malaysia agar :

  1. Memberi kebebasan intelek kepada ahli akademik dalam menyuarakan pendapat.
  2. Setiap ahli dalam bidang masing-masing diberi hak untuk megeluarkan pandangan seiring dengan ilmu yang dimiliki dalam bidang mereka.
  3. Membatalkan siasatan ke atas Prof. Aziz Bari kerana beliau dalam kes ini, menjadi mangsa akibat  kebebasan akademik yang disekat.
Presiden SRC berjalan keluar dewan setelah selesai menyerahkan memorandum.

Selesai menyerahkan memorandum, Presiden SRC menegaskan :

“We already submitted the memorandum by hand to YB. Dato’ Seri Hishamuddin. We will follow up this issue... This is our first memorandum... If there is no further action taken by them, we will fight till the end...”

“JUSTICE for Prof. Aziz Bari”


7 comments:

pdaus said...

May Allah help you guys

Noan @ Noor Aiman said...

Good SRC.. how you all find to face this problem is so professional =)May ALLAH bless all of your charities ...

permata kasih said...

good job..

PutraRocker said...

thisisbestbero

..::[KHaiYoE NaeM]::.. said...

we LOVE src!!!

perindu_خلافة said...

Tahniah SRC ^_^

NOOR ASHIKIN IBRAHIM said...

all de best SRC

btw..you need to propagate and explain this decision which you have taken. as well as increase their awareness so that they shall not become "katak dibawah tempurung".

Post a Comment