
Namun, tanggal 6 Mei lalu, secara rasminya Istac diiktiraf sebagai salah satu daripada dua institut di bawah kampus keempat yang dikenali sebagai Kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuala Lumpur.
Satu lagi ialah Institut Perbankan dan Kewangan Islam (IIiBF) yang sebelum ini terletak di kampus lama Istac iaitu di Jalan Damansara, Kuala Lumpur.
Dengan itu, UIAM Kampus Kuala Lumpur merangkumi dua institut iaitu Istac dan Institut Perbankan dan Kewangan Islam (IIiBF).
Pengiktirafan itu selari d

Kampus induk UIAM yang seluas 283 hektar terletak di Gombak, Selangor mampu menawarkan pelbagai program pengajian kepada pelajar dari dalam dan luar negara.
Selain itu, UIAM juga mempunyai dua kampus cawangan iaitu; kampus cawangan di Petaling Jaya, Selangor dan Nilai, Negeri Sembilan yang menempatkan Pusat Asasi.

Kampus di Kuantan, Pahang pula menjurus kepada pengajian Sains Kesihatan, Farmasi dan Perubatan.
Ini menjadikan secara keseluruhannya, jumlah pelajar UIAM adalah seramai 21,000 orang.
Majlis bersejarah perasmian Istac sebagai kampus UIAM Kuala Lumpur disempurnakan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Dekan Istac, Prof. Dr. Ibrahim M. Zein.
Sejak penubuhannya k

Apatah lagi, matlamatnya adalah untuk menghidupkan kembali konsep pembelajaran secara Islam dan meluaskan bidang pilihan kepada umat Islam dalam pengajian peringkat tinggi.
Rektor UIAM, Prof. Datuk Seri Dr. Syed Arabi Idid menegaskan, kampus UIAM Kuala Lumpur memainkan peranan besar dalam melahirkan para sarjana dan cendekiawan Islam dalam menyemarakkan kesyumulan dan keunggulan Islam bukan sahaja di negara ini malah seluruh dunia.
0 comments:
Post a Comment