Pada 21 Oktober yang lalu, dengan mengadakan
suatu pertemuan dengan pihak pentadbiran UIAM bagi mendapatkan penjelasan
berkenaan isu Prof. Aziz Bari, Presiden SRC, mewakili suara mahasiswa UIAM
tetap tegas dengan pendirian bahawa peristiwa tersebut telah mencabuli hak
kebebasan bersuara (freedom of speech) dan kebebasan akademik (freedom of
academic). Dalam pertemuan pada hari itu, beliau menuntut beberapa perkara
antaranya mendesak pihak UIAM menarik semula penggantungan terhadap Prof. Aziz
Bari dan diadakan perbicaraan terbuka (public hearing). Alhamdulillah, pada 24
Oktober yang lalu, UIAM menarik semula penggantungan tersebut.
Kelihatan Presiden SRC bersama pimpinan mahasiswa yang lain sedang bernegosiasi untuk mendapatkan kebenaran masuk bagi menyerahkan memorandum kepada YB Menteri. |
Namun, meyakini bahawa penarikan semula
penggantungan tersebut, bukanlah bermakna kes tersebut telah selesai, kerana
Prof. Aziz Bari masih perlu melalui proses siasatan dan perbicaraan serta akan
berhadapan dengan pelbagai kemungkinan tindakan dan hukuman.
Semalam, 25 Oktober, Presiden SRC sekali lagi
mengetuai delegasi pimpinan-pimpinan mahasiswa UIAM, terus membuat desakan
dengan bertindak menyerahkan memorandum kepada YB Dato’ Seri Hishamuddin.
Sedang menunggu keputusan kebenaran masuk ke dewan. Alhamdulillah, akhirnya dibenarkan. Namun hanya 3 orang sahaja yang dibenarkan. Pihak media juga dilarang memasuki dewan untuk membuat liputan. |
Antara yang terkandung dalam memorandum
tersebut ialah untuk mendesak Kerajaan Malaysia agar :
- Memberi kebebasan intelek kepada ahli akademik dalam menyuarakan pendapat.
- Setiap ahli dalam bidang masing-masing diberi hak untuk megeluarkan pandangan seiring dengan ilmu yang dimiliki dalam bidang mereka.
- Membatalkan siasatan ke atas Prof. Aziz Bari kerana beliau dalam kes ini, menjadi mangsa akibat kebebasan akademik yang disekat.
Presiden SRC berjalan keluar dewan setelah selesai menyerahkan memorandum. |
Selesai menyerahkan memorandum, Presiden SRC
menegaskan :
“We already submitted the memorandum by hand to YB. Dato’ Seri Hishamuddin.
We will follow up this issue... This is our first memorandum... If there is no
further action taken by them, we will fight till the end...”
“JUSTICE for Prof. Aziz Bari”